
Seorang budak
perempuan berusia 9 tahun berjaya memasuki Turki dengan hanya
menggunakan pasport mainan di mana pasport berkenaan hanya mempunyai
foto identiti berupa patung unicorn (haiwan bertanduk satu).
Kejadian itu berlaku ketika budak yang berasal dari Wales, Emily Harris hendak bercuti bersama ahli keluarganya ke Turki. Emily dikatakan sengaja membawa pasport mainan itu sepanjang perjalanan.
Ketika keluarga
berkenaan hendak diperiksa oleh petugas pemeriksa pasport di bandar
Antalya, Si ibu, Nicky secara tidak sengaja menyerahkan pasport yang
salah iaitu pasport mainan anak gadisnya itu.
Pegawai yang
bertugas dikatakan tidak menyedari hal itu. Meski pun sudah nyata foto
identiti pada pasport berkenaan mempunyai gambar haiwan bertanduk satu,
namun pegawai tersebut tetap mengenakan cop pada pasport berkenaan.
Dilaporkan, pegawai
yang bertugas kelihatan terlalu mengantuk dan membiarkan Emily masuk
secara sah dengan menggunakan pasport mainan.
Pada awalnya, si
ibu berasa terkejut dengan kejadian tersebut dan berasa sangat panik.
"Saya panik kerana saya menyangka bahawa seseorang akan mengejar kami
kerana menggunakan pasport palsu, namun ia tidak berlaku sama sekali,"
katanya.
Nicky menjelaskan,
pasport mainan tersebut amat berbeza dan tidak kelihatan asli langsung.
Muka depan pasport mainan itu mempunyai gambar patung beruang emas dan
saiznya kelihatan lebih kecil berbanding pasport yang asli. "Pegawai itu
juga sempat bertanyakan umur Emily sebelum mengecopnya," katanya.
"Pada mulanya, kami
sekeluarga berasa khuatir namun kemudian kami mula berasa lucu. Kami
ketawa apabila teringat pegawai itu mengecop pasport mainan itu,"


Tidak ada komentar:
Posting Komentar