ads
https://sg-test-11.slatic.net/other/lzd-ad/129a6bf11b68e3bf6ca6e113969d1e23.jpeg
03/06/13
Kisah Temuduga Satu Soalan
> >>Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
> >>permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
> >>Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat- empat orang calon
> >>tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak
> >>sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
> >>Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula
> >>berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,
> >>calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di
> >>sini"
> >>
> >>Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",
> >>tanya CEO tersebut.
> >>
> >>Calon pertama berkata,
> >>
> >>"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"
> >>
> >>"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.
> >>
> >>"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.
> >>
> >>"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun,
> >>mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.
> >>
> >>"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut
> >>SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.
> >>
> >>"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.
> >>
> >>"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan
> >>tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab
> >>calon ketiga.
> >>
> >>"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"
> >>
> >>CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon
> >>ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan
> >>yang sangat bagus sebentar tadi.
> >>
> >>"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
> >>perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon
> >>keempat dengan yakin sekali.
> >>
> >>"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu
> >>boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan
> >>calon keempat tadi.
> >>
> >>"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa
> >>sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
> >>MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....."
> >>
> >>Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan...
> >>......... ..
> >>
> >>hehehehehhe. ......... ......... ......... .
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
sungguh bernas.. hahaha
BalasHapus