Pertama kali mendengarnya, memang terasa pelik dan geli tetapi tahukah anda bahawa pasir yang dikhaskan untuk kucing 'menunaikan hajat' sebenarnya boleh membuatkan kulit wajah menjadi cantik dan sihat?
Fakta ini turut dipersetujui beberapa orang pakar kecantikan dari Amerika Syarikat seperti Michelle Phan yang mendapati bahawa pasir tersebut mengandungi bentonit – iaitu sejenis tanah liat yang sering digunakan untuk rawatan wajah di spa.
Untuk mendapatkan kesan kulit wajah yang licin, bersih dan sihat, apa yang anda perlukan adalah pasir yang bersih dan masih belum digunakan. Campurkan pasir tersebut (sebanyak dua sudu besar sudah mencukupi) bersama satu sudu besar air dalam sebuah mangkuk. Pastikan pasir yang digunakan berwarna kelabu dan tidak mengandungi bahan wangian kerana kandungan sedemikian boleh mengakibatkan radang kulit.
Anda juga mempunyai pilihan untuk mencampurkan sekali agar-agar / cairan dari lidah buaya, setitik minyak pati ros / kamomil ataupun jus buah limau untuk menghindarkan jerawat dan kulit berminyak.
Campuran tersebut kemudiannya dipanaskan di dalam mikrogelombang selama 20 saat agar mudah larut. Suhu yang sedikit hangat itu juga berfungsi untuk mengembangkan pori-pori wajah, agar nutrisinya mudah untuk diserap di samping dapat membersihkan pori-pori.
Setelah disapu, biarkan campuran tersebut kering di wajah selama 15 minit sebelum dibasuh. Hasilnya? Anda akan mendapati kulit wajah yang begitu lembut sekali dan jika diamalkan kulit anda pasti menjadi licin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar