Seorang wanita dibogelkan dan dibelasah semahunya oleh sekumpulan wanita di jalanan satu kawasan membeli-belah…tetapi polis tidak datang menyelamatkannya.
Malah, tiada siapa masuk campur saat Lin Yao Li, 38, ditendang di celah paha dan payudara sambil dia menjerit kesakitan di kaki jalan.
Sebabnya, kata pemerhati, yang dia layak diperlakukan sebegitu kerana dia tidur dengan suami orang.
Sejak kebelakangan ini, kejadian serangan seperti ini kerap berlaku di China, dan nampaknya masyarakat di sana menerima perlakuan seperti ini, asalkan mangsa dipercayai telah menyebabkan suami curang pada isterinya.
Dalam kejadian ini, Li, 38, diserang hendap oleh empat orang wanita sewaktu berjalan pulang ke rumah dari kedai di bandar Puyang yang terletak di wilayah di timur China, Henan. Bukan saja pakaiannya direntap dan celah paha dan payudaranya ditendang, mereka membelasah dan menarik rambutnya.
Serangan yang memualkan itu dikatakan dilakukan oleh isteri kepada suami yang dikatakan curang untuk bersama Lin, dan tiga rakannya. Perbuatan itu hanya dilihat sahaja oleh orang yang lalu-lalang.
Seorang lelaki, Jun Feng, 30, yang membantu wanita itu setelah melihatnya terbaring atas jalan selepas ditinggalkan oleh wanita-wanita yang menyerangnya memberitahu stesen televisyen tempatan:
Perkara seperti ini dah jadi normal.Isteri yang marah atau teman wanita balas dendam kepada pasangan mereka dengan menyerang wanita yang satu lagi.Orang ramai tidak mahu terlibat kerana ia melibatkan perasaan.
Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital di mana dia dirawat kerana luka, lebam teruk dan terkejut setelah merayu seseorang untuk memanggil ambulans.
Bulan lepas satu serangan serupa berlaku di bandar Jinan, di wilayah Shandong, di mana tiga wanita divideokan memakai kasut tinggi membogelkan dan memijak seorang wanita yang mereka tuduh sebagai perempuan simpanan dan ‘menyebabkan suami curang’.
Satu lagi serangan dirakamkan berlaku Julai lepas di bandar Yulin, bandar tenggara China yang terletak di wilayah Guangxi.
Seorang jurucakap polis menolak untuk memberikan komen, menyatakan mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu dari pihak yang terlibat.
Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar