ads

https://sg-test-11.slatic.net/other/lzd-ad/129a6bf11b68e3bf6ca6e113969d1e23.jpeg

29/05/13

Cara-Cara Mengenali Kapel Yang Baru Kenal (1st dating le ni)




senang bah itu kalu nk kenal antaranya...

Pertama 
- kalau bercakap dalam tipun dah tentu berjam-jam lamanya. pastu sambil cakap asik tersengih je sambil memintal-mintal bucu bantal atau ape je yg bleh dipintal. Cite dalam tipun tah apa-apa tetapi tetap suka walaupun boring...(kalu yg lebih suka sms tu pn lebih kurang jgk la..memula je asik sms pastu graf penghantaran menurun...)


Kedua
- kalau keluar dating masa berjalan jaraknya 2 3 depa, takpun sorang jalan kat depan sorang tinggal kat belakang. Yang pakwenya jalan tangan kat belakang yang awek pulak tangan dua-dua kat depan...


Ketiga
- selalunya bila kali pertama berjumpa mesti nak pegi taman bunga atau taman rekreasi. Masa duduk kat bangku sorang duduk hujung sini, sorang lagi duduk hujung sana atau yang pompuan duduk atas bangku yang lelaki pulak duduk tepi tasik..


Keempat
- semasa duduk kat restoran ke kedai makan., food court ke atau yang sewaktu dengannya.,baik lelaki @ pompuan takkan order makan walaupun kebulur tahap gaban. Cukup sekadar order air je.,yang pompuan plak akan mengacau je air tu dengan straw tah berapa pusingan...


Kelima
- Masa duduk kat restoran dorang ni takkan duduk sebelah menyebelah., dah la tak makan pastu kurang bercakap, yang pompuan akan sentiasa tunduk (malu la katakan)...


Keenam
- kalau naik motor yang pompuan mesti duduk jauh ke belakang sampai nak cecah lampu brek..beg tangan letak kat tetengah sebagai sempadan.,kira motor tu boleh duduk 3 orang la jaraknya...


Ketujuh
- bila lelaki ni pelawa awek dia makan atau minum.,jangan harap la boleh kongsi...kalau makan pun 2 3 suap je...kenyang katanya...


Kelapan
- Masa jumpa selalunya cite tentang kerjaya, adik beradik berapa orang, duduk kat mana, tinggal dengan siapa dan macam-macam lagila yang ditanya...soal peribadi tak timbul masa tu...



setakat ini 8 sahaja yang perlu diketahui... hehehehe. ..
camna pn pada kapel2 yg baru kenal kt grup ni...
selamat berkenalan.. kejujuran adalah kesinambungan sebuah kehidupan... .

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...