ads

https://sg-test-11.slatic.net/other/lzd-ad/129a6bf11b68e3bf6ca6e113969d1e23.jpeg

09/06/14

PENGEBOM BERANI MATI MALAYSIA LETUPKAN DIRI SENDIRI DI IRAQ



KUALA LUMPUR :

Ahmad Tarmimi Maliki, 26, adalah seorang pekerja kilang biasa di Selangor tetapi di luar rutin aktiviti hariannya, dia rupa-rupanya telah direkrut sebagai pengebom berani mati.



Tanpa diketahui oleh keluarga dekatnya di Pahang, dia yang diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi telah menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.

Ahmad Tarmimi yang dikesan pernah mengikuti latihan ala ketenteraan sebuah kumpulan militan di Port Dickson akhir tahun lalu meletupkan dirinya bersama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tentera jenis Hummers sarat membawa beberapa tan bahan letupan sebelum disusuli serangan hendap oleh pasukan tentera kumpulan militan Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS).

Serangan itu dikatakan telah membunuh 25 anggota Skuad Emas SWAT di bangunan berkenaan.
Berita tentang serangan itu disiarkan di dalam media rasmi ISIS dengan tajuk utama Mujahidin Malaysia Syahid Dalam Operasi Martyrdom yang disertakan gambar Ahmad Tarmimi.

Dalam laporan itu turut dinyatakan pasukan ISIS merampas sejumlah besar senjata api termasuk raifal, mesingan ringan dan peluru.

Ahmad Tarmimi dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama terbunuh sebagai pengebom berani mati kerana sebelum ini terdapat beberapa kematian rakyat negara ini di luar negara dalam peperangan di Syria tetapi bukan sebagai pengebom berani mati,

Dalam pertemuan eksklusif Utusan Malaysia dengan Halimah, 34, kakak kepada Ahmad Tarmimi memberitahu, keluarganya mengetahui berita tentang adiknya itu melalui Facebook yang dikongsi oleh rakannya beberapa hari selepas kejadian.

Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga sangat terkejut kerana kali terakhir berjumpa Ahmad Tarmimi di kampung pada Mac lalu, adiknya itu hanya memaklumkan akan ke Asia Barat untuk mendalami ilmu agama.

“Selama ini pun dia yang bekerja di sebuah kilang dan menetap di Selangor sejak 2012, tidak pernah bersikap luar biasa apabila pulang ke kampung kecuali menjadi lebih warak, suka menyendiri dan berahsia.
“Keluarga juga tidak tahu tentang penglibatan Ahmad Tarmimi di dalam mana-mana pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan anasir pengganas.

“Malah kami pada mulanya tidak percaya dengan berita kematiannya di internet sehinggalah pihak polis datang ke rumah (semalam) dan memaklumkan perkara berkenaan. Hancur luluh hati kami apabila mendengar berita itu,” katanya sebak.

Kata Halimah, berikutan itu mereka sekeluarga telah membuat bacaan tahlil ringkas semalam,
Suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Rozman, 38, pula memberitahu, dia dan keluarga kini bimbang sekiranya kejadian itu boleh mengancam keselamatan keluarga khususnya anaknya yang berusia tujuh tahun.

Menurutnya, dia memelihara Ahmad Tarmimi sejak berusia sembilan tahun selepas kematian ibu mentuanya manakala bapa mentuanya meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

Dalam pada itu, seorang bekas tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang ditangkap dalam operasi polis baru-baru ini dan telah dibebaskan beberapa hari lepas mengesahkan Ahmad Tarmimi adalah salah seorang ahli kumpulannya yang pernah mengikuti latihan ala ketenteraan bersamanya serta sembilan yang lain di Port Dickson akhir tahun lalu.

Dia yang enggan dikenali berkata, pemergian Ahmad Tarmimi ke Syria melalui Turki diketahuinya melalui Facebook.

“Selepas beberapa hari saya gagal berkomunikasi dengan dia sehinggalah mengetahui tentang kematiannya selepas saya dibebaskan.

“Saya terkejut kerana tidak menyangka dia sanggup mengorbankan nyawanya dengan menjadi pengebom berani mati,” katanya ketika ditemui di ibu negara, hari ini.

FAKTA: Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun!


FAKTA: Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun! | Apa yang penulis maksudkan dengan “Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun”?
Sebenarnya apabila kita berumur 30 tahun jika dikira mengikut tahun Masehi, kita telah hampir mencecah usia 31 tahun mengikut tahun Hijrah. Jom buat matematik sikit:
alt
Kalendar Masehi vs Kalendar Hijrah


Kalendar Hijrah dikira berdasarkan bulan (qomariyah), dan mempunyai 12 bulan dalam setahun. Dengan menggunakan perkiraan pusingan bulan, bilangan hari dalam satu tahun adalah (12 x 29,53059 hari = 354,36708 hari). Ini bermaksud 1 tahun Kalendar Hijrah lebih pendek sekitar 11 hari berbanding dengan 1 tahun Kalendar Masehi.
Perbezaan 11 hari ini jika dikalikan dengan 30 = 11 x 30 = 330 hari (lebih kurang setahun dah tu)
Oleh itu, jika dikira mengikut tahun Hijrah, kita lebih tua daripada apa yang kita sangka :)
sumber kira-kira: Wikipedia
__._,_.___

Bila perempuan berhadapan satu situasi...

Gambar: Bila perempuan berhadapan satu situasi..   SITUASI 1 sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.  dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?  Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.   SITUASI 2 ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat?   Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!  SITUASI 3 Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?  Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit,

SITUASI 1
sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam. 
dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat. 

SITUASI 2
ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat? 

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat. 

SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat? ketaq dah ni 

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku. 

sekian. esok sambung citer lagi. pakar nak tidoq. salam

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!

sebarkan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...