ads

https://sg-test-11.slatic.net/other/lzd-ad/129a6bf11b68e3bf6ca6e113969d1e23.jpeg

18/05/14

Kabaikan mandi air sejuk

MANDI AIR SEJUK BAIK UNTUK KESIHATAN? BIAR BETUL! PASTI KAU ORANG TIDAK SUKA MANDI AIR YANG SEJUK DI PAGI HARI. 


OKAY LUPAKAN DAHULU TENTANG RASA MENGGIGIL ATAU KEINGINAN UNTUK MANDI DENGAN SELESA DI BAWAH PANCURAN AIR HANGAT.




Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.

Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. 


Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.


Secara teorinya, tubuh manusia memberi reaksi pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting.


Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.


Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.


Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.


Lihatlah air sejuk yang kau orang takut sangat nak mandi pepagi tu sebenarnya terdapat banyak kebaikan memandi air sejuk.  - Koleksi Kesihatan

Cara Ekstrem Pelajar Perempuan di China Belajar

 
 Konsentrasi memang yang paling penting dalam belajar dan sangat sukar untuk dipertahankan . Hal itu ditunjukkan oleh seorang mahasiswa berasal dari China melalui internet . Ia pun menunjukkan cara melampau untuk mengekalkan Konsentrasi ketika belajar .

Chen Tang ( 20 ) memuat naik gambar dirinya bersama rakan sebiliknya , Huang Lu ( 21 ) ,ketika belajar . Mereka adalah pelajar jurusan pertanian dan perhutanan di Universiti Fujian di Fuzhou , provinsi Fujian , China . Di foto itu kelihatan ia menarik rambutnya ke atas dan menyepitnya agar kepalanya tetap tegak .
 

Ramai yang terkejut melihat helah tersebut kerana kelihatan begitu menyakitkan . Namun keduanya mendakwa bahawa cara itu tidakmenyakitkantetapi membuat mereka tidak tidur di waktu belajar . Mereka mendapat idea itu daripada cara pelajar zaman dulu dalam belajar .

Chen ingat ada cerita terkenal tentang dua pelajar China yang memilih cara menyakitkan untuk menjaga otaknya tetap " bangun " . Salah satunya menucuk diri sendiri ketika mula mengantuk . 



Sedangkan yang lain memilih mengikat rambut di syiling sehingga ketika  terlena akan bangun lagi akibat saraf di rambut tertarik .

" Kerana kita tidak punya masa di asrama jadi Chen menggunakan pengering pakaian dan ternyata berjaya, " kata Huang .


 " Persiapan sangat membosankan , tetapi menggantung rambut ternyata menarik juga dan aku merasa jauh lebih bertenaga dalam belajar"-zamrispoon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...