ads

https://sg-test-11.slatic.net/other/lzd-ad/129a6bf11b68e3bf6ca6e113969d1e23.jpeg

17/09/13

Dawai keluar dari perut mungkin sihir

Inilah kejadian yang sangat misteri iaitu " Fenomena manusia dawai dari Kalimantan Timur ". Fenomena tersebut telah mengemparkan masyarakat Indonesia dan mungkin hanya ada di Indonesia sahaja. 

Dimana seorang wanita bernama Noorsyaidah telah menderita sejenis penyakit yan sangat misteri, wanita malang ini mengeluarkan dawai besi dari dalam tubuhnya. 



Seperti yang kelihatan dalam gambar, dawai-dawai yang tertanam di dalam tubuh wanita ini kelihatan tembus hingga terkeluar dari perutnya. Pada pada bahgian telapak tangannya pula, dawai-dawai itu hanya kelihatan bayangan di bawah lapisan kulit, tetapi pada bahagian perut, batang-batang dawai berukuran 10-20cm itu kelihatan banyak yang terkeluar.



Fenomena ini memang sangat misteri dan menakjubkan. Malahan beberapa orang doktor mengaku belum pernah menemukan gejala penyakit seperti yang dialami wanita malang ini. Wanita malang ini bertugas sebagai seorang guru. Beberapa pakar perubatan sedaya upaya untuk membantu wanita malang ini. 




Berita ini sangat mengemparkan hingga menarik simpati menteri kesihatan negara tersebut. Nur Syaidah menderita penyakit ini sejak tahun 1991 ketika ia berusia 22 tahun, berbagai macam ikthiar telah dilakukannya untuk menyembuhkan penyakit tersebut namun hingga kini masih belum berhasil. Semoga beliau bersabar dengan dugaan yang hebat ini.

Zorro Bogel dicari




  • Gambar seorang lelaki tanpa seluar dipercayai suspek diedarkan kepada orang ramai di sekitar Bukit Payung dan Alor Limbat melalui pelbagai media baru termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di Marang.

MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.  

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya. 

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya.

08/09/13

Rakaman Filem Porno di Malaysia.....


Memalukan!!!!!!! produksi filem lucah luar negara dikatakan telah melakukan pengambaran filem lucah di kuala lumpur dan berlatarbelakangkan menara berkembar petronas. Pelakon lucah Emma Starr sempat memuat naik beberapa fotonya tampa baju di twiiter. 







04/09/13

HANYA DI IRAN : ANAK DARA DIPAKSA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS SEBELUM KE TALI GANTUNG!!!


[Gambar Hiasan]



Tehran, Iran – Seorang pemuda telah dipaksa untuk 'berkahwin' dengan seorang gadis di Iran sehari sebelum gadis berkenaan dihukum bunuh. Tujuan 'perkahwinan' tersebut berlangsung semata-mata bagi membolehkan hukuman mati dilaksanakan keatas gadis berkenaan.


Remaja lelaki yang tidak dimaklumkan identitinya itu merupakan pengikut pemimpin Spiritual Iran, Ali Khameini. Memetik laporan The Jurussalem Post, pemuda yang baru berumur 18 tahun ini telah diberikan kebenaran untuk berkahwin dengan wanita muda yang akan menjalani hukuman bunuh.


Berdasarkan undang-undang fahaman Syiah di Iran, seseorang wanita yang masih dara tidak dibenarkan untuk menjalani hukuman mati. 


Maka untuk 'mengesahkan' undang-undang berkenaan, pemerintah Iran telah mengadakan upacara 'perkahwinan' kecil-kecilan dengan seorang pemuda yang 'terpilih' pada malam sebelum wanita muda berkenaan menjalani hukumannya.


Usai 'perkahwinan' pada malam itu, wanita dan pemuda berkenaan telah melakukan hubungan seks yang sekaligus meragut 'daranya' lalu membolehkan hukuman mati dilaksanakan pada keesokkan harinya.


“Saya menyesal kerana telah melakukannya (hubungan seks) meskipun perkara itu 'sah',”


Pemuda berkenaan menambah, dirinya tidak akan pernah melupakan saat-saat ketika malam menjelang hari hukuman mati isterinya. 


“Saya selalu teringat saat dia menangis setelah hubungan seks itu selesai,” ujarnya.


“Dan saya tidak akan pernah lupa ketika dia mencakar-cakar wajahnya dengan kukunya sendiri sehingga terjadi luka hasil goresan,” ceritanya sedih-penaminangreturn

03/09/13

Sanggup Tonggek Kpd India Demi Nafsu

  • Kantoi khalwat malam merdeka Haslinda bersama pasangan bukan Islam diperiksa oleh penguatkuasa agama.

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.

Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.

Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.

Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu.
“Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.

Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.

Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.

Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Beri pelbagai alasan

Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.

Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.

Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.

“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.

Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.

Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di  bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.

Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.

Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.

Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.

Rumah sewa turut diserbu

Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.

Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.

Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.

Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.

Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.

Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.

Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.

Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu.

Anjing Disalib Menyebabkan Kemarahan Ramai!!!


Seorang pengguna Facebook dikenal pasti sebagai Aaron Pino, menguploud gambar kontroversi anjing disalib di jejaring sosial facebook, pekara ini menyebabkan ketidakselesaan di antara pengguna facebook.

Aaron Pino, 22 tahun dari Tecate, California, muncul dalam gambar memegang salib kayu kecil dengan anjing baka kecil.

Gambar itu beredar dengan cepat bagai virus dan menghasilkan ribuan komen kemarahan atas kekejaman terhadap haiwan.

Seperti dipetik dari laman Publimetro.cl, Aaron meminta maaf kerana telah meng-upload gambar dan menjelaskan bahawa dia telah menemui anjing  dibunuh dan disalib di sungai.

"Saya tidak fikir ini adalah di luar kawalan, saya mendapati anjing di sungai dan telah dibunuh dan disalib. Ini telah menarik perhatian saya dan saya mengambil gambar dan menguploadnya." Tulis Aaron dalam profil Facebook-nya-dairishare.

Kibar Bendera Tanpa Sehelai Pakaian!!!

Ianya berlaku di sebuah kelab malam di Pulau Pinang.Kita tidak tahu sama ada mereka memakai pakaian separuh bogel atau bogel. Tetapi mengikut sebuah page di facebook mengatakan mereka tidak memakai sebarang pakaian.








Padah kondom dadah pecah dalam perut


Seorang lelaki kulit hitam berusaha menyembunyikan kokain untuk mengaburi petugas dengan cara menelannya. Kokain di bungkus dengan pembungkus khas menyerupai kapsul agar mudah di telan, lelaki ini menelan lebih dari 1 kg dadah kedalam perutnya. Namun perbuatannya tidak berhasil dan menyebabkan nyawanya melayang kerana salah satu bahan yang mengandungi dadah tersebut pecah di dalam perut hingga menyebabkannya over dos yang menyebabkan dia maut.

Peristiwa tragis tersebut terjadi ketika dia membawa bahan terlarang ini ke suatu tempat dengan menaiki sebuah pesawat komersial. Para anak kapal dan penumpang dikatakan terkejut atas kejadian yang menimpanya.

Setibanya di destinasi lapangan terbang ,mangsa dikejarkan ke hospital. Hasilnya cukup mengejutkan ternyata di dalam perutnya tersimpan kokain dalam jumlah banyak. Pasukan doktor pun melakukan pembedahan untuk mengeluarkan benda haram tersebut. Hasilnya cukup mengejutkan, di dalam perutnya di temukan lebih dari 1kg kokain.

Berikut ini gambar proses pengeluaran kokain dari perut mangsa. 















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...