ads

https://sg-test-11.slatic.net/other/lzd-ad/129a6bf11b68e3bf6ca6e113969d1e23.jpeg

23/03/13

7 Bumiputra terkaya di Malaysia !



1. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary



Melalui Al-Bukhary Foundation, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM10.6 billion. Pengiraan kekayaan tersebut hanya tertumpu kepada syarikat awam berhad sahaja dan tidak termasuk syarikat-syarikat swasta kepunyaan beliau.

Beliau mempunyai kepentingan di dalam beberapa syarikat besar di Malaysia, antaranya ialahTradewinds Plantation Berhad, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Corp Berhad, DRB-Hicom Berhad,Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad dan banyak lagi. AlBukhary Foundation juga aktif terlibat di dalam kerja-kerja kebajikan seperti pembinaan masjid dan penajaan pendidikan.

2. Tan Sri Azman Hashim



Tan Sri Azman Hashim melalui syarikatnya Arab-Malaysian Corporation Berhad mempunyai jumlah kekayaan bernilai RM3.84 billion dan berada di ranking ke -11 dari senarai 40 orang terkaya di Malaysia. Beliau memegang 16.8% saham di dalam AMMB Holdings Berhad. Kini, Ambank Group merupakan institusi kewangan kelima terbesar di Malaysia.

3. Datuk Mokhzani Mahathir



Beliau memegang 15.9% saham di dalam syarikat SapuraKencana Petroleum Berhad yang bernilai RM2.669 billion. Merupakan syarikat cari gali minyak, SapuraKencana kini merupakan antara top five world-largest intergrated oil & gas services and solution. Mempunyai 9,000 pekerja di 20 buah negara seluruh dunia.

4 & 5. Datuk Shahril Shamsudin & Datuk Shahriman Shamsudin



Adik-beradik ini mencatatkan jumlah kekayaan bernilai RM1.642 billion (Shahril) dan RM1.641 billion (Shahriman) melalui pegangan mereka di dalam Sapura Group. Merupakan bisnes keluarga dan mempunyai beberapa pegangan lagi di dalam syarikat seperti Sapura Kencana Petroleum, Sapura Resources Berhad, Sapura Industrial Berhad dan masing-masing memegang 48% pegangan saham di dalam syarikat Sapura Holdings.

6. Datuk Kamarudin Meranun



Kawan baik kepada Tony Fernandes ini melalui syarikat AirAsia Berhad, mengumpul nilai kekayaan berjumlah RM1.316 billion. Beliau memegang saham AirAsia sebanyak 25.74% dan 40.23% di dalam Tune Air Sdn Bhd. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam beberapa syarikat di bawah Tune Group seperti Tune Money, Tune Ins Holdings, Tune Ventures dan juga memegang 46.93% saham di dalam Aero Ventures Sdn Bhd.

7. Datuk Abdul Hamed Sepawi



Mengumpul jumlah kekayaan bernilai RM570.4 juta melalui pegangannya di dalam syarikat Ta Ann Holdings Berhad. Terlibat di dalam industri pembalakan dan berpengalaman lebih 24 tahun di dalam bidang pengurusan hutan ini. Bermula pada tahun pertengahan tahun 1980 sebagai pemegang konsesi pembalakan, operasi perkapalan dan industri hiliran berasaskan kayu. Ta Ann juga terlibat secara aktif di dalam aktiviti penghutanan semula di Sarawak.


Kredit : Pakdi

11/03/13

Bukti kejayaan MLM (Multi Level Marketing)



Pernah dengar MLM? Pernah diajak minum kat warung oleh pencerita MLM? dan pernah kena paksa dengan kawan – kawan untuk join MLM? Mesti ramai yang tahu tentang MLM bukan? Tipulah kalau tiada yang tahu tentang MLM sebab dalam paper dan internet selalu cerita pasal MLM ini, malah dalam peti surat pun ada flyers tentang MLM. Flyers MLM tak tahu?? ala, yang ada ayat “kami mahu bantu anda” yang disertakan sekali dengan gambar duduk sebelah BMW dan rumah banglo yang disewa untuk sesi bergambar dalam flyers tue. Haa, itulah flyers MLM.
Entry haku kali ini ialah entry memaksa korang join company MLM (Miskin Lagi Miskin) yang haku join neh. MLM neh bukan tipu, bukan kencing. Bukan macam artis yang buat MLM tipu tue, habis rosak nama baik MLM disebabkan artis tue suka kencing peminat dia. Company MLM yang haku nak paksa korang masuk neh cukup berjaya. Ramai upline – upline dan downline – downline telah menjadi kaya raya dalam masa yang cukup singkat! malah ada yang dah jadi kaya dan membeli kenderaan kegemaran mereka setelah melabur dalam MLM yang haku join ini dalam masa sehari! hebat bukan? haku bukan nak tipu tentang MLM neh, tak baik nak menipu dalam berniaga, haku lagipun nak tolong bangsa haku sendiri dengan memaksa korang join MLM neh supaya korang boleh hidup senang.
Ok, sebelum haku bercerita macamana korang boleh jadi kaya dengan join MLM yang haku join neh dan modal yang diperlukan untuk join, haku tunjukkan dekat korang bukti – bukti berkesannya MLM ini. Apa barangkan duk cerita produk dengan sejarah company dulu, baik ceritakan bukti kejayaan  dahulu dari duk bercerita mengenai company history dan marketing? baru orang terliur nak tengok bisness apa yang haku buat sampai berjaya!
Ok! 1st haku nak tunjukan kejayaan yang bagi haku cukup ciput je, tapi maybe bagi korang cukup – cukup mengiurkan. Bawah neh adalah bukti kejayaan salah seorang downline kepada downline haku, beliau cukup megah dengan wang yang beliau dapat sejak join MLM neh. Tapi masalahnya, kesemua duitnya terpaksa dibelanjakan ke eropah kerana beliau malas nak pergi ke money changer dan tukar duit matawang Euro ke RM, jadi beliau akan ke mana – mana negara Eropah untuk membelanjakan wangnyan, even nak beli kicap sekalipun, beliau akan naik flight ke Germany.

Klik gambar ini untuk lihat testimoni (maaf, terpaksa merahsiakan tuan punya badan kerana dikhuatiri diculik)
Bukti kejayaan seterusnya? yang cukup membanggakan haku adalah kejayaan salah seorang downline haku memiliki kenderaan kegemarannya! tak sangka downline haku berjaya menjalankan bisnes ini dalam masa yang cukup singkat! haku dulu nak pakai kenderaan kegemaran haku pun mengambil masa 1 minggu dengan bayaran CASH! tapi downline haku ini dalam masa satu hari je dah berjaya memiliki kenderaan yang diminati beliau sejak kecil. Haku tatau apa ayat yang diguna, tapi haku cukup berbangga dengan downline haku neh kerana berjaya membuktikan kepada dunia tentang keberkesanan MLM yang haku join ini.

Anda mungkin dapat beli jet kalau join MLM neh
Bukan gambar – gambar itu saja, ada lagi testimoni – testimoni dari downline haku yang mengatakan mereka telah menjadi kaya – raya setelah meleburkan duit diorang ke dalam company MLM ini. Diantaranya:
dibawah adalah perbincangan pengasas MLM

Perbicangan diantara pengasas MLM yang haku join neh dengan salah seorang downline beliau
Korang dah lihat bukti – bukti yang haku tunjukkan itu? testimoni dan gambar – gambar kejayaan ahli telah menguatkan promosi haku kat korang tentang MLM ini. Bukan itu saja, pengasas MLM ini juga mesra rakyat dan mesra ahli apabila beliau tidak melupakan orang  – orang bawahan yang join MLM ini. Beliau sentiasa membantu dalam hal – hal memaksa orang masuk dalam MLM ini dan hampir 99.999999% orang dipaksa masuk telah memaksa masuk ahli – ahli baru kerana mereka cukup terkejut dengan hasil yang mereka dapat. Dan kini mereka tidak lagi menyesal malah ada yang tengah makan roti canai di Hawaii.
Sekarang korang dah nampak kejayaan – kejayaan ahli yang join MLM ini bukan? mesti korang nak tahu berapa modal yang diperlukan, produk dan cara – cara menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan join company MLM ini. Kalau korang nak tahu korang boleh tinggalkan nombor telefon korang kat sini supaya senang untuk kita membincangkan hal ini (Para gadis dialu – alukan) secara private. Haku bukan tidak mahu bercerita tentang produk dan cara marketing kat sini, lagipun polisi company MLM ini menegah para ahli membincangkan hal ini secara terbuka kerana khuatir company MLM lain akan menciplak strategi yang kami gunakan untuk menarik ahli – ahli baru. Lagipun, company lebih mengalakkan ahli menarik ahli baru secara dalam perbincangan kecil kerana memudahkan para ahli seperti haku untuk memaksa ahli – ahli baru join MLM ini. Dan company kami kebiasaannya akan bercerita dari A sampai Z tentang MLM di negara – negara yang terpilih seperti London, New York dan paling lekeh pun Tokyo. Bukan seperti company lain yang buat di Hotel – hotel taik bintang dengan jumlah audience yang ramai. Marketing yang tak sesuai.
So, kalau korang berminat jangan lupa tinggalkan nombor telefon anda supaya mudah untuk haku hubungi dan menempah tiket kapal terbang untuk kita melakukan perbincangan diluar negara. Next perbincangan akan dilakukan di Afrika Selatan. Apalagi booking cepat, bukan saja perbincangan MLM dilakukan, haku spnsor tiket tengok bola sepak Piala Dunia nanti. (hehehe)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...